AMK buat laporan polis terhadap Takiyuddin - Utusan Malaysia

AMK buat laporan polis terhadap Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Mei – Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta polis membuat siasatan berkenaan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengaitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan status bekas banduan.

Exco AMK negeri, Muhammad Arif Mukhtar berkata, pihaknya menganggap kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan Takiyduddin kerana Anwar menerima pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

“Bagi kami individu terbabit yang juga pengamal undang-undang tidak perlu mengeluarkan keterangan sebegitu kerana seakan mempertikai pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, hari ini kami bersepakat membuat laporan supaya pihak polis menyiasat ucapan beliau yang telah mempertikaikan pengampunan Yang di-Pertuan Agong ketika berucap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Rabu lalu, Takiyuddin dilaporkan melontarkan persoalan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal Perdana Menteri dalam satu ceramah di Taman Indah, Sandakan, Sabah.

Muhammad Arif Mukhtar yang juga Ketua AMK cabang Machang berkata, adalah tidak wajar bagi warganegara yang juga Ahli Parlimen mempertikaikan kredibiliti sesuatu pengampunan di Raja.

“Hal ini kerana ianya adalah kuasa prerogatif Raja dan termaktub dalam persekutuan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini