PEKAN – Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan, di sini pada pukul 4.35 petang tadi. Jenazah Almarhum disemadikan bersebelahan pusara isteri baginda, Tengku Ampuan Pahang, Tengku Afzan Tengku Muhammad, yang mangkat pada 29 Jun 1988. Suasana sayu menyelubungi Makam Diraja semasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah dan adinda baginda, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman masing-masing meletakkan batu nesan di pusara ayahanda berdua. Turut kelihatan di Makam Diraja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya