JEDDAH 17 Mei – Syarikat penerbangan Saudia Airlines menambah dua penerbangan baharu antara Riyadh dan Al-Ula untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penerbangan ke kota bersejarah itu.
Arab News melaporkan, Al-Ula menyaksikan pertumbuhan pesat sebagai destinasi pelancongan dan tapak kebudayaan serta warisan yang menarik sejumlah besar pelancong di dalam dan luar negara.
Antara lokasi menarik adalah Mada’in Saleh yang juga dirujuk sebagai ‘The Saudi Petra’ seperti bandar purba Petra di Jordan.
Memuatkan artikel berkaitan…











