Aktiviti sukan permotoran perlu diperhebatkan - Alex Yoong - Utusan Malaysia

Aktiviti sukan permotoran perlu diperhebatkan – Alex Yoong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei- Pihak yang bertanggungjawab perlu membentuk asas yang kuat bagi sukan permotoran negara jika hasrat kerajaan mahu perlumbaan berprestij dunia, Formula Satu (F1) kembali semula ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Bekas pemandu F1 negara, Alex Yoong berkata, adalah mustahil untuk menarik peminat tempatan menyaksikan perlumbaan F1 jika tidak ada insiatif oleh pemegang taruh untuk merancakkan perlumbaan tersebut.

Yoong mendakwa hanya SIC melaksanakan aktiviti penganjuran pelbagai acara sukan permotoran di negara ini sejak beberapa tahun lepas bagi memupuk minat peminat tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Golongan peminat sukan permotoran negara tidak akan berkembang jika perlumbaan F1 kembali semula dan tiada aktiviti sukan permotoran diperhebatkan,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa kerajaan berminat untuk membawa semula perlumbaan F1 ke negara ini susulan peningkatkan minat dalam kalangan rakyat Malaysia dalam industri automotif.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut tempoh masa untuk perlumbaan F1 kembali semula ke tanah air selepas dihentikan pada 2017 kerana kurang sambutan dan menelan perbelanjaan yang tinggi.


Dr Mahathir berkata demikian selepas menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup di Majlis Anugerah Petronas SIC Motorsports Association of Malaysia 2018, Februari lalu. Malaysia mula menjadi tuan rumah Grand Prix F1 Dunia pada 1999. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini