Ainul Mardhiah selamat tiba di London - Utusan Malaysia

Ainul Mardhiah selamat tiba di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bayi perempuan yang mengidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah, selamat tiba di di London, hari ini untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di salah sebuah hospital di sana.

“Assalamualaikum, alhamdulillah syukur kepada Allah, kami selamat tiba di London,” demikian kemaskini terbaharu bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, di laman Facebook, 2.35 petang waktu Malaysia.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dinyatakan bila dan di hospital mana Ainul akan dirujuk untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad juga berkongsi kelegaan melihat anaknya berada dalam keadaan baik sepanjang penerbangan ke London.

“Ainul telah berjaya melepasi risiko di atas kapal terbang dengan jayanya tanpa sebarang masalah, doktor berjaya menjaganya dengan baik, awak seorang pejuang, sikit lagi kakak,” tulisnya.

Dilaporkan perjalanan Ainul bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) semalam turut diiringi dua pakar bius dari hospital swasta di negara ini.

Terdahulu, kes Ainul yang mendapat liputan meluas media tempatan, mendapat perhatian Dr Nur Amalina, doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom.

Dr. Amalina seterusnya menyatakan hasrat untuk membantu proses rawatan Ainul serta cuba mengubungi beberapa kenalannya daripada pelbagai bidang berkaitan masalah yang dihadapi bayi itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini