Aguero tidak pernah persoal Messi - Utusan Malaysia

Aguero tidak pernah persoal Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mei – Bintang penyerang Manchester City, Sergio Aguero hari ini tampil memperjelaskan isu mengenai kenyataan kontroversinya yang mengatakan baik Lionel Messi mahu pun Cristiano Ronaldo tidak layak menerima anugerah Ballon d’Or tahun ini kerana pemenang harus dipilih dalam kalangan pemain yang layak beraksi pada final Liga Juara-Juara.

Messi, 31, hanya selangkah untuk beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan kelab elit Eropah itu selepas menang 3-0 dalam separuh akhir pertama, tetapi impiannya dimusnahkan oleh Liverpool yang melakar kebangkitan sensasi 4-0 di Anfield.

Reds kini akan menentang satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Madrid pada 2 Jun (3 pagi waktu Malaysia).

Memuatkan artikel berkaitan…

Aguero menegaskan, kenyataannya dalam Twitter baru-baru ini telah diputar belit, dan dia tidak pernah mempersoalkan kelayakan rakan senegaranya, Messi mahu pun Ronaldo untuk menjulang anugerah berkenaan.

“Saya tidak begitu gembira untuk menjelaskan kenyataan yang telah saya buat tetapi apabila kenyataan saya diputar-belitkan, saya harus tampil.

“Maka saya terpaksa menjelaskannya. Tiada siapa selain Messi akan menjadi pilihan saya untuk memenangi Ballon d’Or selagi dia masih beraksi,khususnya dengan prestasi yang dipersembahkan musim ini.

SERGIO AGUERO mendakwa kenyataannya dalam Twitter telah diputar
SERGIO AGUERO mendakwa kenyataannya dalam Twitter telah diputar 

“Soalan yang diajukan kepada saya sebelum ini adalah, apakah saya layak memenangi anugerah Ballon d’Or musim ini. Jawapan saya ketika itu adalah, saya perlu melayakkan diri ke final UCL (Liga Juara-Juara) jika berhajat untuk memenanginya.

“Ia satu kenyataan yang cukup jelas dan tidak sepatutnya mempunyai ruang untuk disalah tafsir,” kata penyerang Argentina itu.

Messi dan Aguero masing-masing meraikan kejayaan domestik musim ini dengan Barcelona mengekalkan mahkota La Liga manakala City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu mata ke atas Liverpool. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini