Agensi MED dicadang anjur jualan harga borong Aidilfitri - Utusan Malaysia

Agensi MED dicadang anjur jualan harga borong Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Mei – Semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dicadangkan untuk menganjurkan jualan harga borong bersempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, menerusi usaha tersebut, ia dapat membantu rakyat khususnya golongan kurang kemampuan untuk melaksanakan persiapan khususnya membeli barang keperluan pada menjelangnya satu Syawal.

Katanya, malah usaha itu secara tidak langsung akan membantu menaikkan nama dan peranan kementerian yang masih dianggap baharu di mata rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahu rakyat kini mengeluh dengan kenaikan barang mahal, justeru itu menerusi usaha ini secara tidak langsung dapat membantu mereka sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup.

“Agensi berkeupayaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) mungkin boleh melaksana cadangan ini pada 12 terakhir Ramadan dengan menjual barangan keperluan hari raya seperti tepung, minyak, beras dan lain-lain di bawah harga pasaran,” katanya dalam Majlis Iftar Ramadan Kementerian Pembangunan Usahawan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd. Hatta Ramli dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi.

Menurut Mohd. Redzuan lagi, kerjasama itu juga boleh digerakkan melibatkan kerjasama usahawan-usahawan yang telah berjaya.

“Ramai usahawan yang sanggup untuk berbuat demikian termasuk menjual barang pada harga murah kepada rakyat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini