PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu. Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diyakini sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid. “Ya, saya fikir dialah (Abdul Hamid) jadi KPN. Saya fikir Agong telah tandatangan (surat pelantikan)” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat…










