97 jentera bomba tersadai masih belum siap dibaiki - KP Bomba - Utusan Malaysia

97 jentera bomba tersadai masih belum siap dibaiki – KP Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Mei – Sejumlah 97 jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ‘tersadai’ masih dalam proses pembaikian dan ia mengambil masa untuk disiapkan kerana alat ganti perlu diimport dari luar negara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya juga perlu mengambil lebih masa untuk mempersiapkan semua jentera tersebut kerana jabatan perlu mendapatkan peruntukan daripada kerajaan terlebih dahulu.

“Ada jentera yang alat gantinya kita kena import jadi itu yang memakan sedikit masa. Kita juga perlu buat proses perolehan untuk dapatkan peruntukan,” katanya selepas program Semarak Ramadan BIMB Holding Berhad dan Berita Harian di Balai Bomba Seksyen 15, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed dan Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Sebelum ini, media melaporkan kegagalan pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi dipercayai menjadi punca jentera pemadam kebakaran JBPM yang dibeli pada 2007, 2010 dan 2014 ‘tersadai’.

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata, 80 peratus daripada keseluruhan jentera milik JBPM masih dalam keadaan baik dan hanya 20 peratus sahaja perlu diperbaiki dan jumlah tersebut jelasnya, adalah memadai.

“Yang tidak boleh digunakan hanyalah 20 peratus termasuk yang tersadai itu, jadi lagi 80 peratus masih boleh digunakan dan itu sudah memadai bagi jabatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini