BESUT 3 Mei – Seramai 55 guru dari daerah Besut dan Setiu menyertai Program Pembangunan Eksekutif Empower anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Pulau Perhentian dekat sini hari ini.
Program dua hari dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Jaya Holdings itu melibatkan kalangan pengetua, guru besar, guru penyelaras, penceramah dan fasilitator di samping pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Program itu bertujuan meningkatkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak Empower ECER dengan JPNT, PPD dan guru-guru yang terlibat dalam melaksanakan program pembangunan modal insan di kedua-dua daerah tersebut.
Program itu merupakan salah satu penghargaan ECERDC kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Pantai Timur. -UTUSAN ONLINE











