PRETORIA 13 Mei- 35 parti politik Afrika Selatan sebulat suara membantah keputusan awal pilihan raya negara itu yang dianggap tidak adil.
Wakil parti-parti politik itu, Romeo Ramuada berkata pihaknya menuntut agar Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC) melantik juru audit bebas untuk memeriksa keputusan berkenaan.
“Kami tidak bersetuju dengan keputusan awal yang diumumkan,” katanya.
Berita berkaitan:
Beliau turut memberi amaran bahawa para penyokong parti terlibat akan membuat demonstrasi sekiranya IEC tidak mengambil serius tuntutan mereka.-AGENSI











