30,000 anggota keselamatan dikerah - Utusan Malaysia

30,000 anggota keselamatan dikerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 10 MEI – KIRA-KIRA 30,000 anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia (Polri) bakal turun padang bagi memastikan keselamatan lokasi-lokasi penting di ibu negara ini semasa pengumuman hasil pemilihan umum (Pemilu) 2019, 22 Mei ini.

Menurut Ketua Biro Penerangan Awam, Divisyen Perhubungan Awam Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo, kesemua anggota penguatkuasa sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari tersebut dan perancangan sudah dilakukan secara teliti.

Katanya, fokus utama kawalan keselamatan adalah di ibu pejabat Komisi Pemilihan Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan me­nempatkan anggota ke­selamatan dalam empat fasa iaitu di ibu pejabat KPU, di sekitar KPU, kawasan meletak kende­raan dan jalan di hadapan KPU.

“Pemantauan juga dilakukan seiring maklumat risikan berhubung perkembangan dinamik rakyat ketika keputusan Pemilu diumumkan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Antara News.

Jelasnya, Agensi Penyiasatan Jenayah Siber dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Maklumat akan bertanggungjawab memantau mana-mana akaun media sosial yang menyebarkan maklumat bersifat palsu, provokatif dan mengandungi unsur jenayah kebencian.

“Mana-mana pihak yang didapati menggunakan akaun media sosial untuk menyebarkan sentimen kebencian dan penipuan, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini