3,000 peniaga 'online' di Mega Raya Eid 2019 mulai 25 Mei - Utusan Malaysia

3,000 peniaga ‘online’ di Mega Raya Eid 2019 mulai 25 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Orang ramai dipelawa untuk memeriahkan Festival Raya Famili terbesar, Mega Raya Eid 2019 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), 25 dan 26 Mei ini.

Penganjur, Eh Eh Bazaar dalam satu kenyataan memaklumkan, festival yang akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam itu disertai lebih 50 bazar dengan penyertaan 3,000 usahawan dalam talian (online).

“Seisi keluarga boleh mendapatkan pakaian dan kelengkapan hari raya tanpa perlu berkunjung ke tempat lain kerana lebih 200 usahawan akan menawarkan barangan dan produk dengan harga yang berpatutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menawarkan banyak hadiah menarik kepada pengunjung sepanjang dua hari festival ini berlangsung,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga menyediakan lokasi berniaga paling strategik dengan pendingin hawa, kemudahan meletak kenderaan percuma tanpa perlu bersesak selain gerai yang lengkap dengan meja dan kerusi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini