300 Yak mati akibat kelaparan di Himalaya - Utusan Malaysia

300 Yak mati akibat kelaparan di Himalaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DEHLI 12 Mei – Sekurang-kurangnya 300 yak mati akibat kelaparan susulan cuaca sejuk luar biasa di kawasan pergunungan Himalaya.

AFP yang memetik pegawai dari Sikkim, Raj Kumar sebagai berkata, binatang itu mati selepas bantuan makanan tidak dapat disalurkan kepada mereka ekoran salji yang tebal.

“Kami menerima panggilan daripada 50 penduduk yang meminta bantuan makanan kepada kira-kira 1,500 yak peliharaan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, kami terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke kawasan itu ekoran masalah pengangkutan. Kami tidak dapat sampai ke kawasan itu, sama ada menggunakan jalan darat mahupun udara,” katanya.

Apabila pasukan itu tiba, kata Raj, kira-kira 300 yak telah mati.

Pun begitu katanya, penduduk mendakwa angka kematian itu jauh lebih tinggi daripada itu. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini