30 unit gerai di Masjid India musnah terbakar - Utusan Malaysia

30 unit gerai di Masjid India musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Lebih 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, di Jalan Masjid India, dekat sini sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi.

“Sebanyak 48 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terdiri daripada BBP Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Komander Operasi Kanan, L. Logeswaran, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.44 pagi, terdapat kira-kira 30 unit gerai sudah terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

“Kerja-kerja pemadaman ‘overhaul’ sedang dijalankan dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini