30 murid SK Taman Pantai Sepang dijangkiti Influenza B - Utusan Malaysia

30 murid SK Taman Pantai Sepang dijangkiti Influenza B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 30 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pantai Sepang Putra di sini dijangkiti Influenza B.

Jumlah terbaru itu mencatatkan peningkatan 12 murid berbanding 18 murid sebelum ini. 

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan semakan awal mendapati seorang hingga tiga murid daripada setiap kelas di sekolah tersebut dijangkiti wabak berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pejabat kesihatan daerah Sepang sedang mengaktifkan pengesanan kes tersebut. 

“Setakat hari ini, seramai 30 orang dijangkiti daripada 674 murid di sekolah tersebut. Namun, tiada murid tahun 6 dijangkiti wabak itu ketika ini. 

“Keadaan masih terkawal dengan kita telah memberikan penerangan cara Pencegahan kepada guru dan ibu bapa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Kosmo difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah menyarankan penutupan selama tujuh hari terhadap sebahagian daripada kelas yang terlibat di sekolah tersebut. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Muhamad Radzi Abdullah menegaskan satu mesyuarat khas membincangkan kes tersebut akan diadakan pada Isnin depan. 

“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas tamat mesyuarat tersebut,” jelasnya. 

Kosmo! hari ini melaporkan SK Taman Pantai Sepang Putra, Selangor diarah untuk tidak mengadakan aktiviti perhimpunan dalam masa terdekat berikutan jangkitan wabak Influenza B.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dalam kenyataan semalam berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang mengeluarkan arahan itu susulan laporan seramai 18 murid di sekolah terbabit dikesan dijangkiti wabak itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini