3 Menteri Papua New Guinea letak jawatan - Utusan Malaysia

3 Menteri Papua New Guinea letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT MORESBY 3 Mei – Tiga lagi menteri Papua New Guinea meletakkan jawatan ekoran tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri, Peter O’Neill, hari ini.

Tiga menteri itu adalah Menteri Kesihatan, Puka Temu; Menteri Pertahanan, Fabian Pok dan Menteri Perhutanan, Patrick Pruaitch.

AFP melaporkan, O’Neill dijangka berdepan dengan undi tidak percaya minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada pemberita, Temu menggesa O’Neill meletak jawatan secepat mungkin.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, James Marape meletakkan jawatan berikutan kegagalan kerajaan pimpinan O’Neill dalam memastikan syarikat kebangsaan dan penduduk tempatan mendapat manfaat daripada kontrak gas bernilai berbilion dolar dengan dua syarikat tenaga besar, Total dan ExxonMobil. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini