29 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu di Ipoh - Utusan Malaysia

29 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Perak dalam Ops Bersepadu di enam lokasi di sekitar bandar raya ini semalam. 

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, operasi selama lapan jam bermula pukul 8 malam itu disertai 20 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa jabatan berkenaan itu hasil risikan dan maklumat daripada orang awam.

“Ketika serbuan dilakukan, terdapat beberapa warga asing cuba melarikan diri ke kawasan perumahan dan hutan berhampiran, malah ada yang cedera di kepala ketika cuba meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi yang diadakan di rumah kongsi tapak pembinaan, stesen bas, pusat refleksologi dan restoran itu, kita telah memeriksa seramai 72 individu pelbagai warganegara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamalludin, daripada jumlah tersebut, 29 orang ditahan melibatkan 11 lelaki warga Bangladesh, lelaki warga Indonesia (10), empat wanita dan seorang lelaki warga Thailand, dua wanita China dan seorang lelaki warga India.

“Semua mereka yang berusia antara 24 hingga 44 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah, melanggar syarat-syarat pas lawatan ddengan bekerja secara tidak sah dan tingga lebih masa di negara ini.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke Depot Imigresen Langkap,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini