KEMAMAN 4 Mei – Sebanyak 25 keluarga ibu tunggal, miskin, pesakit kronik dan anak yatim di sekitar Kampung Mak Lagam di sini menerima sumbangan berupa barangan keperluan sempena Program Ziarah Ramadan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mak Lagam Harmoni semalam. Pengerusi KRT Mak Lagam Harmoni, Mohd. Fadzilah Abd. Rahman berkata, program itu diadakan bagi membantu pesakit miskin dan kurang berkemampuan menikmati bulan Ramadan dengan lebih ceria, tenang menjelang Aidilfitri. “Diharap dengan usaha ini kerunsingan dan kebimbangan yang dialami oleh mereka sedikit sebanyak dapat dikurangkan dengan bekalan makanan yang diberikan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya