BUTTERWORTH 1 Mei – Sebanyak 231 buah masjid dan surau di negeri ini menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM240,000 daripada kerajaan negeri bagi memeriahkan sambutan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sumbangan tersebut merupakan bantuan daripada kerajaan negeri kepada pihak masjid untuk memastikan aktiviti-aktiviti ibadah sempena bulan Ramadan dapat dijalankan dengan lebih sempurna.
“Pada tahun ini ada dua buah kariah baharu yang menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri berharap dengan sumbangan ini, pelbagai aktiviti ibadah akan dapat diatur untuk memeriahkan Ramadan ,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian sumbangan Ehya Ramadan masjid-masjid dan surau-surau di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











