GUA MUSANG 30 Mei – Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 72.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, pemandu pacuan empat roda jenis Hilux, Muhamad Ikhwan Mohd. Podzi, 21, dan penumpang hadapannya, Mohamad Irkhamni Aman, 28, tersepit di tempat duduk masing-masing dan maut di lokasi nahas. Sementara itu, pemandu sebuah treler muatan sawit, Mohd.…










