MADINAH 13 Mei – Lebih 1,300 sukarelawan memberikan bantuan sepanjang masa kepada jemaah di Masjid Nabawi di sini sepanjang Ramadan.
Arab News melaporkan, usaha mereka adalah sebahagian daripada rancangan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kemanusiaan kepada jemaah.
Mereka merupakan petugas Bulan Sabit Merah Arab Saudi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jurucakapnya, Khalid Al-Sahli berkata, pelan itu merangkumi tujuh pos perubatan di masjid ketika waktu puncak.
Di samping itu, 35 pusat kecemasan ditubuhkan yang dikendalikan 45 pasukan paramedik.











