100,000 penduduk Marawi masih tiada tempat tinggal - Utusan Malaysia

100,000 penduduk Marawi masih tiada tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 23 Mei – Seramai 100,000 orang penduduk Lanao del Sur, Marawi City dilaporkan masih tidak mempunyai tempat tinggal meskipun tragedi yang melanda mereka telah berlalu selama dua tahun.

“Di sebalik usaha sumbangan yang membantu mereka yang memerlukan dalam tempoh dua tahun ini, penduduk Marawi sudah letih dan kecewa. Mereka mahu berdikari dan berhenti bergantung kepada sumbangan,” kata Ketua delegasi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Filipina, Martin Thalmann seperti dipetik menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Penduduk Marawi juga berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air, peluang pekerjaan dan lebih penting, tempat tinggal tetap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Thalmann, pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil perhatian terhadap isu tersebut supaya pemulihan semula di kawasan paling terjejas boleh dijalankan.

Seramai 165 tentera, 45 penduduk awam dan ratusan pengganas Daesh terkorban dalam konflik yang berlanjutan selama lima bulan itu.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan pembebasan bandar tersebut pada Oktober 2017 dan berikrar untuk membangunkan semula Marawi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini