100,000 kes remaja hamil dilaporkan sejak 2013 - Utusan Malaysia

100,000 kes remaja hamil dilaporkan sejak 2013

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira 100,000 kes remaja perempuan hamil bawah umur 19 tahun dilaporkan sejak 2013 sehingga kini

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, selain itu terdapat kira-kira 900 kes pembuangan bayi dilaporkan bagi tempoh sama.

“Daripada 900 kes pembuangan bayi yang dilaporkan, hanya 30 peratus daripada jumlah bayi itu masih bernyawa. Justeru, kerajaan kini sedang giat melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani masalah itu,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Hannah, usaha yang dilaksanakan antaranya ialah kerjasama dengan Kementerian Pendidikan menambah baik silibus pendidikan seksual di sekolah yang perlu diikuti sejak remaja berusia 13 tahun.

“Pada masa ini ia dikenali sebagai Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Silibus bagi pendidikan seksual itu mula diajar kepada pelajar pada usia 15 tahun tetapi berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, gadis dan lelaki pada usia semuda 13 tahun sudah mula melakukan perkara yang tidak dingini,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan memantau aktiviti anak-anak mereka di luar dan di dalam rumah kerana mereka mempunyai akses kepada dunia luar melalui telefon pintar dan internet.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, kementeriannya juga sedang mengenal pasti hotspot kes-kes yang berlaku dan menunggu dapatan pemetaan daripada pihak polis serta perkongsian data daripada beberapa kementerian lain agar langkah yang lebih berkesan dapat dilakukan.

“Kita masih menunggu maklumat daripada polis kerana pemetaan dan perkobngsian data ini sangat penting untuk mengetahui di mana hotspot mereka sama ada di dalam atau luar bandar. Jika di bandar adakah di kawasan perumahan kos rendah atau kos mewah,” jelasnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini