RAI. Seramai 100 kanak-kanak dari dua rumah kebajikan diraikan pada Majlis Iftar Kasih Ramadan anjuran bersama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar) dan Bangi Square Eco Food Station di Jalan Reko, Kajang baru-baru ini. Pada majlis yang diadakan di restoran Bangi Square Eco Food Station itu, semua kanak-kanak dari rumah Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan dan Sekolah Rohingya Learning Centre, Seri Kembangan turut menerima sumbangan duit raya dan cenderahati. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Mahar, Jismi Johari serta pemilik Bangi Square Eco Food Station,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya