10 peniaga bazar Jalan Masjid India dipindah ke Lorong TAR - Utusan Malaysia

10 peniaga bazar Jalan Masjid India dipindah ke Lorong TAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Seramai 10 daripada 26 mangsa kebakaran bazar Jalan Masjid India di sini memulakan operasi di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) 3, hari ini.

enempatan di Lorong TAR 3 itu adalah sementara sebelum semua penjaja akan ditempatkan di kawasan baharu kelak apabila penempatan lokasi kekal siap sepenuhnya di tapak Lanai Seni, Jalan TAR. – UTUSAN ONLINE

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, kebenaran berpindah operasi itu diberikan kepada peniaga berkenaan sebagai penempatan untuk membantu mereke berniaga semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan itu, DBKL telah menyediakan khemah berukuran 8×8 untuk kemudahan penjaja manakala proses pengundian berjalan lancar oleh penjaja dan persatuan yang terlibat, semalam.

“Mereka boleh mula berniaga pada hari ini di tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi lama iaitu Bazar Moden Melayu.

“10 penjaja ini adalah penjaja yang aktif di tapak asal manakala baki 16 lagi yang terlibat dalam kebakaran tempoh hari akan diputuskan kemudian. Ini kerana ada di antaranya mempunyai lesen yang tidak aktif dan telah dibatalkan,” katanya.

Menurut DBKL, penempatan di tapak berkenaan adalah sementara kerana semua penjaja akan ditempatkan di kawasan baharu apabila penempatan di tapak Lanai Seni, Jalan TAR itu siap.

Pengundian dilaksanakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri di tapak baharu berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini