Zurich Takaful, Muslim Pro tawar akses premium - Utusan Malaysia

Zurich Takaful, Muslim Pro tawar akses premium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich Takaful) dengan kerjasama Muslim Pro menawarkan akses aplikasi secara premium selama setahun kepada pelanggan takaful keluarga mereka.

Ketua Pengarah Eksekutif Zurich Takaful, Mukesh Dhawan berkata, pelanggan yang menyertai mana-mana pelan Zurich Takaful mulai sekarang hingga akhir Jun depan akan menerima akses premium kepada perkhidmatan penuh yang ditawarkan oleh Muslim Pro.

Kata beliau, aplikasi mudah alih itu boleh dimuat turun secara percuma, tetapi versi premium menyediakan lebih pilihan selain akses tanpa had kepada maklumat ibadah seperti waktu berpuasa dan solat, azan dan arah kiblat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga mengandungi panduan restoran yang halal dan mesra Muslim, maklumat masjid berdekatan, kalendar hijrah Islam dan ayat-ayat Al-Quran bersama fonetik, terjemahan dan bacaan audio,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mukesh, pihaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman takaful yang luar biasa melalui produk, servis dan nilai tambah berasaskan gaya hidup yang inovatif.

Menurutnya, kerjasama khas bersama Muslim Pro itu merupakan antara cara syarikat menyediakan peningkatan kemudahan melalui servis yang sangat berguna kepada para pelanggan.

“Selaras dengan semangat ‘True Love Protects’, ia adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian secara menyeluruh yang melengkapi pelanggan di setiap tahap keperluan di samping mengurangkan ketidakpastian pada setiap peringkat kehidupan untuk ketenangan minda,” ujarnya.

Aplikasi Muslim Pro dicipta untuk memenuhi keperluan gaya hidup Muslim moden dengan menyediakan maklumat yang tepat, relevan dan segera di hujung jari mereka.

Kandungan aplikasi boleh didapati dalam Bahasa Melayu kerana Malaysia merupakan satu daripada lima pasaran utama Muslim Pro yang menjadikannya sesuai digunakan oleh pengguna di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini