PEKAN – Kadar zakat fitrah di Pahang pada tahun ini dikekalkan sebanyak RM7 untuk tempoh 11 tahun berturut-turut. Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya juga melantik 954 amil bagi urusan kutipan zakat fitrah. Ujar beliau, orang ramai boleh menunaikan zakat fitrah melalui amil yang ditempatkan di masjid dan surau di seluruh negeri itu bermula Ramadan ini.…










