KUALA LUMPUR 30 April – Yayasan UEM memperuntukkan lebih RM925,000 bagi menjayakan Program Bantuan Pelajar yang bertujuan meringankan kos sara hidup yang ditanggung 257 mahasiswa golongan berpendapatan rendah (B40) di universiti tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM, Aishah Nor berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan yayasan itu selain menyahut saranan kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan berkenaan. “Cabaran harian yang ditanggung oleh mahasiswa B40…