Wujud transaksi RM94.7 juta antara SRC International dengan Gandingan Mentari - Utusan Malaysia

Wujud transaksi RM94.7 juta antara SRC International dengan Gandingan Mentari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi disini diberitahu terdapat beberapa transaksi kemasukan dan pengeluaran antara SRC International Sdn. Bhd. dengan syarikat Gandingan Mentari Sdn. Bhd. membabitkan RM94.7 juta pada 2014 hingga 2015. 

Perkara itu dimaklumkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Razak ketika perbicaraan kes 

bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. RM42 juta. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu Harvinderjit mengemukakan butiran transaksi itu melalui dokumen tambahan yang kemudian diserahkan kepada Pengurus Ambank Cawangan Raja Chulan, R. Uma Devi kepada saksi kedua, Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM), Pegawai Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41,. 

Kesemua dokumen yang ditunjukkan itu adalah yang diserahkan Uma Devi dalam operasi serbuan obligasi pelaburan yang dibuat BNM pada 6 Julai 2015.

Bagaimanapun saksi kedua itu, tidak mengingati kesemua butiran yang dikemukakan kerana semua catatan hanya dilakukan pada borang geledah semasa serbuan itu.  

“Saya tidak ingat,” katanya. 

Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Harvinderjit pada hari ketiga perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya, adakah beliau sendiri meminta maklumat terperinci transaksi itu daripada Uma Devi, Azizul memberitahu ‘tidak’. 

Sementara itu, saksi itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia juga tidak mendapat arahan untuk dokumen transaksi khusus di bawah nama Najib, syarikat SRC International Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat lain. 

Dalam keterangannya, Azizul turut memberitahu bahawa dia tidak tahu kewujudan satu lagi pasukan lain yang menyerbu bank itu pada hari yang sama. 

“Selain pasukan saya, terdapat satu lagi pasukan dari BNM yang membuat serbuan. Namun saya tidak mengetahui arahan yang diberikan pada pasukan kedua itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini