KUALA LUMPUR 26 April – Perenang negara, Welson Sim berjaya memecahkan rekod kebangsaan 100 meter (m) gaya bebas miliknya dalam tempoh tiga minggu apabila memenangi pingat emas keduanya pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2019 di sini, sebentar tadi. Perenang berusia 22 tahun dari Sarawak itu mencipta rekod baharu 49.54 saat (s) pada saringan pertama sebelum menjuarai acara itu dengan catatan masa 49.83s pada final di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di…










