PASIR PUTEH 24 April – Kelab Kebajikan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Abal hari ini tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga ibu tunggal, Rabiatuladawiyah Ayub, 32, yang sebelum ini tinggal dalam reban ayam diubah suai di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, dekat sini. Guru Besar Sekolah itu, Yasmi Sabri Yasim berkata, pungutan derma kilat dibuat bagi membolehkan Program Ziarah Kasih ke rumah ibu tunggal itu dilakukan sempena sambutan awal Hari…










