JASIN – Seorang pekebun warga emas terpaksa menahan sakit kira-kira 20 minit selepas terkena dua das tembakan peluru penabur yang dipercayai dilepaskan pemburu ketika berada di kebunnya di On Lok, Batang Melaka, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 64 tahun pergi ke kebun berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya untuk menanam pokok cili padi serta pokok pisang. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi…










