PULAU PINANG 16 April – Tindakan seorang wanita warga Vietnam bersembunyi di bawah pelapik kayu katil bagi mengelak dicekup pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia berjaya ditemukan dan ditahan dalam operasi oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen negeri di sini semalam. Ketika serbuan di sebuah unit pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang, Georgetown itu, wanita berkenaan ditemukan bersembunyi di dalam rumah berkenaan yang turut dihuni beberapa penduduk tempatan dan warga asing lain.…










