LONDON – Seorang pemilik anjing baka bull terrier, Nikki Daniels, 22, yang tinggal Staffordshire, England baru-baru ini terkejut apabila dimaklumkan haiwan peliharaannya memiliki organ jantan dan betina. Keadaan tersebut disifatkan sebagai sangat jarang berlaku dengan anjing yang dinamakan Dolly berusia empat bulan itu didapati memiliki zakar, rahim, dua ovari dan dua testis. Menurut Daniels, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Dolly adalah seekor anjing khunsa, namun berharap haiwan tersebut dapat…










