PUTRAJAYA 30 April 2019 – Pujian wajar diberikan buat skuad FIT Touch wanita negara apabila berjaya meraih kemenangan sulung dengan menjinakkan Filipina 4-3 pada Piala Dunia FIT Touch 2019 di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini hari ini. Dalam aksi pusingan round robin kategori Wanita Terbuka itu, skuad kendalian Amir Affifuddin berjuang bermati-matian bagi memburu tiga mata berharga selepas terlebih dahulu dibelasah pasukan pilihan, New Zealand dengan keputusan 0-14 pada aksi…