KUALA LUMPUR 5 April – Pemandu van sekolah yang melanggar mati seorang murid perempuan tahun empat di Apartmen Seri Teluki, Bukit Sentosa semalam direman sehari hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, wanita berusia 56 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut. “Setakat ini kita telah merakam percakapan dua saksi dan beberapa saksi tambahan akan dicari bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Bak Phai memberitahu, pihaknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya