SHAH ALAM – Seorang wanita warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkap bilik tidur rumahya di tingkat 15, Pangsapuri Kemuning Aman, Seksyen 32 di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa dikenali Sariyanty Tanjung, 30 tahun dan menyewa di rumah pangsapuri berkenaan. Katanya, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. “Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui…










