KUALA LUMPUR 25 April- Sebuah lori treler dilaporkan terbalik di Kilometer 434.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan dari Bukit Beruntung menghala Rawang dekat sini awal pagi tadi. Kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu menyebabkan semua laluan di lokasi kejadian terhalang. Difahamkan, treler yang membawa muatan batang besi itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik. Bagaimanapun, pemandu treler berkenaan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. Susulan itu, aliran lalu lintas…










