[VIDEO]Treler hilang kawalan rempuh lapan kenderaan - Utusan Malaysia

[VIDEO]Treler hilang kawalan rempuh lapan kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April- Sembilan kenderaan dipercayai rosak teruk dalam kemalangan persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Salak Selatan di sini pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi apabila sebuah treler dikatakan hilang kawalan dan tidak sempat membrek di laluan mendaki sehingga merempuh beberapa buah kenderaan.

Akibat kemalangan itu, seorang lelaki dipercayai cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampiran bagi rawatan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, sebaik sahaja kejadian, pemandu treler itu cuba melarikan diri namun sempat dihalang orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, maklumat awal mendapati kemalangan melibatkan sembilan kenderaan iaitu tujuh buah kereta, treler serta motosikal.

Bagaimanapun, pihaknya masih mengumpul maklumat dan laporan berhubung kejadian itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini