SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman tiga tahun empat bulan terhadap wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, atas pertuduhan alternatif menyebabkan kecederaan menggunakan bahan merbahaya, ke atas abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dua tahun lalu. Hakim Datuk Azmi Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Thi Huong selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya hari ini. Sepatutnya prosiding hari ini adalah bicara bela diri wanita itu namun pendakwaan telah menawarkan pertuduhan alternatif kepadanya. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya