KUALA LUMPUR 12 April – Sebuah kilang proses bahan kimia di Jalan Perigi Nanas, Pulau Indah dekat sini terbakar. Menurut sumber orang ramai, kilang tersebut dipercayai terbakar bermula kira-kira pukul 9.00 malam tadi. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dilaporkan sedang bergegas ke tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE









