PUTRAJAYA 30 April – Seorang bekas pegawai khas kepada bekas menteri yang disyaki menjadi dalang mengatur projek-projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta direman tiga hari. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin memutuskan demikian terhadap lelaki itu sehingga Khamis ini bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Terdahulu, suspek itu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada…










