KUALA LUMPUR 5 April – Sebuah banglo mewah di Taman Hill View, Ampang dekat sini yang dijadikan sebagai pusat operasi perjudian online diserbu hari ini. Serbuan yang dilakukan bermula pukul 9.30 pagi itu turut menahan 22 lelaki dan empat wanita warganegara China. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Selangor, Asisten Komisioner Mohamad Abd Hamid berkata, serbuan itu telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) negeri hasil risikan. Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, sindiket terbabit mampu mengaut nilai pertaruhan RM48 juta sehari hasil kegiatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya