SEREMBAN – “Rakaman video itu bukan idea saya. Saya cuma ikut skrip yang diberikan kepada saya” Itu penjelasan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram berhubung rakaman video ‘anak bulu-bulu’ yang tular di media sosial semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Menurutnya, jentera kempen PH yang menyediakan skrip rakaman video tersebut dan antara skrip yang terkandung mengehendaki beliau menyebut dua ekor kucingnya sebagai…










