JERANTUT – Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1, di sini menyertai Program Membaca 30 Minit hari ini. Program yang bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dijalankan serentak sempena Pra Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan Kempen Galakan Membaca Peringkat Negeri Pahang. Guru besar sekolah berkenaan, W. Shamsul Bahari Mamat berkata, program tersebut melibatkan semua murid dan guru. “Program ini bukan sahaja disertai oleh murid kelas perdana bahkan turut melibatkan murid di kelas pendidikan khas dan pra sekolah. “Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya