Utusan ungguli Piala Kejuaraan The Twentyfive.7 - Utusan Malaysia

Utusan ungguli Piala Kejuaraan The Twentyfive.7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April – Kelab bola sepak Utusan Editoral (UEFC) muncul juara sulung Piala Kejohanan The Twentyfive.7 anjuran Gamuda Land selepas menundukkan pasukan The Edge FC 4-0 di Padang Twentyfive.7, Kota Kemuning semalam.

Kemenangan itu menyaksikan UEFC membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta pingat manakala naib juara, The Edge FC meraih RM3,000.

Tempat ketiga milik NSTP FC selepas menewaskan Gamuda FC menerusi penentuan sepakan penalti yang berlangsung sengit, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 dan pingat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih manis, UEFC berjaya melangkah ke peringkat final tanpa kalah serta bolos.

Pengurus Besar Gamuda Land, Chu Wai Lune berpuas hati dengan penganjuran pertama pertandingan dan sedia menjadikan ia kejohanan tahunan dengan objektif utama mengeratkan hubungan bersama pihak media.

“Kalau boleh kita akan jadikan kejohanan ini acara tahunan. Kita belajar daripada penganjuran pertama dan akan cuba memperbaiki kekurangan pada masa akan datang.

“Persiapan lebih rapi akan dibuat dan mungkin selepas ini kita akan menjemput lebih ramai rakan-rakan media yang lain,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini