KOTA BHARU 14 April – Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Special Olympics (SO) Malaysia sebagai salah satu usaha memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU) intelek di negara ini. Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail berkata, kerjasama yang dijalankan menerusi Jabatan Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) itu bagi menyediakan penjagaan kesihatan, pendidikan dan sosial sekali gus menjadikan Kampus Kesihatan USM pusat rujukan golongan ini.…










