JAKARTA 9 April – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Madina Institute Amerika Syarikat (AS) hari ini menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan Knowledge Link Intercultural School (KLIS), sebuah institut pendidikan antarabangsa berpengkalan di Indonesia. Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara ketiga-tiga pihak itu diadakan sempena Forum Antarabangsa Mengenai Islam, Pendidikan dan Keamanan Sejagat yang berlangsung di sini. Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi berkata, di bawah perjanjian tersebut, pihaknya akan membekalkan kurikulum pendidikan Islam dan akan digabungkan dengan program pendidikan antarabangsa KLIS yang sudah mendapat pengiktirafan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya