Usahawan bumiputera buka hartanah di Bosnia - Utusan Malaysia

Usahawan bumiputera buka hartanah di Bosnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO 21 April – Seorang usahawan bumiputera, Badli Hisham Abdul Jamil memiliki hartanah seluas tujuh hektar di pinggir bandar Sarajevo, di sini.

Menempatkan sebuah pusat beli-belah dan empat apartment termasuk satu yang masih dalam pembinaan, hartanah itu dijangka menarik minat ramai penduduk Bosnia dan Herzegovina yang mahukan kehidupan tenang dan damai, memandangkan masih belum banyak pembangunan di kawasan itu.

Dikelilingi bukit-bukau yang memukau pandangan, pinggir bandar Sarajevo itu merupakan kawasan dengan kepadatan oksigen tertinggi di Eropah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yang melawat hartanah itu hari ini berkata, kejayaan Badli Hisham adalah manifestasi kejayaan anak bangsa Malaysia yang cukup gigih dah bekerja keras untuk membangunkan perniagaannya.

Kata beliau, kejayaan anak jati Kuala Kangsar itu harus menjadi inspirasi kepada usahawan bumiputera yang lain untuk terus memacu kejayaan.

“Dia mempunyai ketahanan yang begitu tinggi, bagaimana dia mampu membangunkan empat buah apartment dan sebuah pusat beli-belah.

“Ia begitu sukar pada mulanya tapi hari ini saya lihat kejayaannya boleh memberi keyakinan kepada usahawan lain untuk datang ke sini bagi memulakan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Badli Hisham ketika ditemui berkata, usaha beliau mengembangkan perniagaan bermula beberapa tahun dahulu hasil galakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu lebih ramai usahawan Malaysia mengembangkan perniagaan ke Bosnia dan Herzegovina.

Katanya, keempat-empat apartment itu – Villa Dahlia, Villa Iris, Villa Lavanda dan Villa Mak – kini mendapat perhatian bukan sahaja penduduk tempatan, malah ekspatriat dari negara luar terutamanya negara-negara Arab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini